Realiti Perkahwinan Bawah Umur

Child bride1_1

Perkahwinan bawah umur adalah satu ikatan perkahwinan yang melibatkan seorang atau pun pasangan yang berkahwin di bawah umur 18 tahun. Di Malaysia, perempuan berumur 16 tahun ke atas dan lelaki berumur 18 tahun ke atas dibenarkan berkahwin. Namun begitu, tren peningkatan perkahwinan bawah umur semakin meningkat. Ramai remaja atau kanak-kanak telah berkahwin biarpun belum mencapai tahap umur yang dibenarkan. Di Malaysia, perkahwinan bawah umur perlu mendapatkan kebenaran Mahkamah Syariah.

Persoalannya di sini, adakah perkahwinan bawah umur merupakan penyelasaian masalah sosial ataupun penyebab kepada masalah sosial? Ramai yang menganggap bahawa perkahwinan bawah umur adalah wajar untuk mengelakkan maksiat dan mengelakkan kelahiran anak luar nikah. Walau bagaimanapun, ada juga yang menentang perkahwinan bawah umur. Ada yang berpendapat perkahwinan bawah umur tidak wajar kerana mereka yang terlibat adalah kanak-kanak dan mereka masih belum matang untuk berfikir dan memikul beban yang besar untuk mengendalikan rumah tangga.

Isu agama juga merupakan salah satu faktor yang menggalakkan mereka untuk kahwin pada usia yang muda. Bagi mereka, ia adalah sunnah dan menjadikan perkahwinan antara Aishah r.a dengan Nabi Muhammad s.a.w sebagai asbab mereka untuk berkahwin awal. Ya, agama Islam memang menggalakkan umatnya untuk kahwin awal, namun kita perlu bersedia mental dan fizikal.

Kanak-kanak perempuan yang berkahwin awal akan berdepan dengan pelbagai isu rumah tangga. Mereka terdedah dengan penderaan seksual dan keganasan rumah tangga. Seperti mana yang kita lihat di negara-negara Timur Tengah dan Asia. Kanak-kanak ini berkahwin kerana desakan keluarga yang hidup susah. Untuk meringankan beban keluarga, mak dan ayah memaksa mereka untuk berkahwin. Faktor adat dan budaya juga merupakan penyebab utama perkahwinan bawah umur.

Natijahnya di sini, perkahwinan bawah umur perlu dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam. Kanak-kanak perlu dilindungi. Perkahwinan bawah umur sebenarnya telah menyebabkan hak kanak-kanak seolah-olah diabaikan dan mereka tidak diberi peluang untuk bersuara. Pada umur sekecil ini, mereka perlu diberikan peluang pendidikan dan tidak seharusnya membebankan mereka dengan tanggungjawab yang mustahil untuk dipikul oleh mereka.

2 comments

  1. For me, I definitely won’t agree to any child marriage. I think that it is important for a child to have their fun while being a kid and that is known as childhood. Children were not supposed to marry to another person whether it is by forced or under their own willingness. An underage kid don’t have a very accurate thinking or what we called mature thinking. I know that some adults too don’t have mature thinking but this is way too dangerous for a children to get marry at young age. Children should have the rights or privilege to explore more about the world. I don’t agree on child marriage that was approved in the concept of religion too. I’m sorry if I said something wrong but people should have a clear and rational mind to determine whether a religion statement is appropriate to follow or not. I’m not here to blame the religion but to blame the people who follow it blindly.

  2. As I know people marriage early because their family cannot afford the living cost so they let girls marriage earlier to others family. Nowadays people saying this culture should be change, but how to those family really cannot afford? are the girl can get a better life if they married a man? I do agree we should marriage after 18. maybe the first thing is to solve the economic gap between urban dan rural area.

Leave a comment