Mitos Berkaitan dengan Rogol

Mitos : Gadis-gadis yang memakai pakaian seksi atau menggoda lelaki akan menyebabkan rogol berlaku.
Kenyataan : Rogol tidak ada kaitan dengan pilihan pakaian seseorang gadis atau cara dia berkelakuan. Ini adalah satu mitos yang dijadikan alasan supaya perogol dapat menyalahkan si mangsa. Orang yang patut dipersalahkan kerana merogol ialah perogol itu sendiri. Kanak-kanak, wanita yang telah berumur dan wanita yang berpakaian sopan atau mereka yang memakai tudung juga pernah dirogol. Rogol bukan mengenai nafsu berahi. Rogol ialah suatu perbuatan jenayah yang ganas di mana seks digunakan sebagai senjata.

Mitos : Kebanyakan wanita dirogol oleh orang yang mereka tidak kenali.
Kenyataan : Statistik daripada pihak polis menunjukkan bahawa cuma ada peratusan yang kecil sahaja kes-kes rogol dilakukan oleh mereka yang tidak mengenali mangsanya. Dalam 80% kes-kes berkenaan, si mangsa kenal perogolnya – dia merupakan seorang kenalan, kawan atau ahli keluarga sendiri. Perogol boleh terdiri daripda sesiapa sahaja.

Mitos : Kebanyakan kes-kes rogol berlaku di lorong-lorong gelap, tempat-tempat sunyi dan tempat-tempat bahaya.
Kenyataan : Menurut pihak polis, 69% kes-kes rogol berlaku di rumah kediaman dan bangunan. Kaum wanita masih perlu berwaspada pada waktu malam, di jalan-jalan sunyi atau di tempat-tempat gelap, tetapi mereka juga menghadapi risiko di tempat-tempat lain.

mitos : Lelaki Tidak Boleh Mengawal Nafsu sebab itu Mereka Merogol

kenyataan : Ramai orang beranggapan bahawa lelaki tidak boleh mengawal nafsu mereka sehingga mereka merogol. Kebanyakan mereka mempunyai nafsu yang meletup-letup apabila melihat wanita yang berpakaian seksi, muda dan cantik. Hal ini menyebabkan lelaki merogol wanita dan wanita sering dipersalahkan kerana mereka berpakaian seksi untuk mengundang lelaki tersebut. Hakikatnya, kes rogol sering dilakukan melalui perancangan. Sebagai contoh, perogol meletakkan ubat ke dalam minuman atau makanan ataupun perogol telah melihat segala tindak laku mangsa seperti tempat tinggal mangsa, pukul berapa mangsa keluar dari rumah dan sebagainya sebelum melakukan perogolan.

 

Advertisements

One thought on “Mitos Berkaitan dengan Rogol

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s