EMMA WATSON

Emma-Watson-Widescreen.jpgEmma Charlotte Duerre Watson ataupun lebih popular dikenali sebagai Emma Watson merupakan seorang pelakon british dan aktivis feminis yang dilahirkan pada tanggal 15 April 1990 di Paris. Beliau telah membesaar di Oxfordshire dan menghadiri Sekolah Dragon, dilatih sebagai seorang pelakon di Oxford Teater Stagecoach Arts. Nama Emma Watson telah meningkat naik selepas memainkan watak sebagai Hermione Granger dalam filem adaptasi novel terkenal Harry Potter bermula tahun 2001 sehinggalah tahun 2011.

Emma Watson merupakan seorang pejuang hak wanita dan feminis muda yang disegani ramai, beliau telah memperjuangkan hak kesaksamaan wanita dalam arena pendidikan bermula daripada wanita di Bangladesh dan Zambia. Nama Emma dalam arena feminisme ini mula meningkat naik dan mencuri perhatian ramai setelah memberikan ucapan semasa kempen HeforShe di ibu pejabat United Nations, New York bersempena dengan kempen advokaso kesetaraan gender. Dalam ucapannya, Emma telah menyatakan bahawa dia mula mempersoalkan norma sosial gender ketika berusia 8 tahun apabila dilabel sebagai “bossy” kerana sifatnya yang mementingkan kesempurnaan dalam melakukan kerja dan pada umur 14 tahun beliau telah dieksploitasi secara negatif oleh beberapa media. Dalam ucapan ini juga beliau telah menyatakan bahawa terma membenci lelaki atau “Man-Hating” adalah suatu perkara yang perlu dihentikan. Setelah menyampaikan ucapan tersebut, beliau telah menerima pelbagai bentuk ugutan dan ancaman daripada pelbagai pihak yang telah menafsir secara salah ucapannya.

Meskipun menghadapi pelbagai cabaran setelah menggelarkan dirinya sebagai feminis secara rasmi, tidak pernah menjadi halangan kepada beliau untuk kekal memperjuangkan kesetaraan gender dan penindasan terhadap wanita. Malala Yousafzai, penerima Anugerah Nobel Keamanan juga menyatakan bahawa dia memilih untuk menggelarkan dirinya sebagai seorang feminis setelah mendengar ucapan Emma Watson dalam kempen HeforShe. Perjuangan feminisme Emma Watson merupakan suatu bentuk perjuangan yang menarik, disamping memperjuangkan hak wanita beliau turut mengutamakan hak lelaki untuk bebas daripada stereotaip-stereotaip maskulin yang telah mengikat dan mengongkong kebebasan mereka sebagai seorang manusia. Beliau telah menyatakan bahawa lelaki terperangkap dalam stereotaip merupakan isu yang jarang diketengahkan tetapi dia merupakan satu isu yang penting untuk diperjuangkan kerana peluang untuk wanita mencapai kesaksamaan dalam dunia hanya boleh dicapai apabila lelaki bebas daripada kepompong ini. Contoh menarik yang digunakan beliau dalam mengetengahkan isu ini adalah ayahnya sendiri, beliau menyatakan bahawa beliau melihat peranan ayahnya sebagai seorang bapa kurang dihargai berbanding ibunya walaupun dimatanya sendiri ibu dan ayahnya adalah sama serta ramai lelaki yang dilihat mempunyai masalah dan tekanan emosi tetapi malu untuk mendapatkan pertolongan kerana ini akan membuatkan mereka menjadi kurang “Macho” seperti yang dilabelkan oleh masyarakat.

Seperti perjuangan feminisme yang lain, Emma Watson juga tidak ketinggalan dalam memeperjuangkan hak dan kesaksamaan wanita dalam arena politik. Dalam ucapannya semasa melakukan lawatan pertama sebagai duta wanita Goodwills United Nations ke Uruguay, beliau telah menekankan bahawa antara cara untuk meningkatkan martabat wanita di seantero dunia adalah dengan memecahkan belenggu diskriminasi dan meningkatkan partisipasi wanita dalam bidang politik, perkara yang sama juga telah ditekankan oleh beliau semasa menyampaikan ucapan dalam mesyuarat tahunan musim sejuk World Economic Forum, Januari 2015.

Pada bulan januari 2016, Emma telah memperkenalkan Our Shared Shelf, sebuah kelab buku dengan kerjasama daripada Goodreads. Penubuhan kelab ini adalah untuk menggalakkan perkongsian idea mengenai perjuangan wanita dan feminisme dalam kalangan golongan wanita sendiri. Selain itu, kelab ini juga berobjektif untuk menjadikan buku dan karya-karya penulisan sebagai medium untuk menyebarluaskan perjuangan pembangunan wanita, sebuah buku akan dipilih setiap bulan dan akan dikupas dan dibincangkan pada minggu terakhir setiap bulan. Setakat ini, kelab buku ini masih bergerak aktif dan karya pertama yang dijadikan subjek diskusi merupakan buku karya Gloria Steinheim berjudul My Life on the Road.

Perjuangan Emma Watson ini telah diiktiraf bukan sahaja diperingkat domestic dan golongan wanita sahaja, tetapi juga diperingkat global. Pada tahun 2015, beliau telah diiktiraf sebagai antara 99 wanita yang berpengaruh di dunia oleh AskMen rentetan daripada kekuatan beliau dalam menyampaikan idea mengenai feminisme dan perjuangan kesaksamaan gender dalam kalangan wanita dan kelantangannya mendiskusikan isu-isu penindasan dan diskriminasi wanita. Pada umur 24 tahun juga, beliau telah menduduki tangga ke 26 dalam pengiktirafan 100 individu berpengaruh dunia oleh TIME yang juga merupakan pencalonan pertama beliau. Perjuangan beliau ini telah mendapat pujian dan menurut editor akhbar New York Times, Jill Abramson sendiri menyatakan bahawa sudut pandang Emma Watson mengenai feminisme merupakan sebuah ideologi yang menarik dan ideanya untuk melibatkan kaum lelaki sendiri dalam perjuangan ini merupakan sebuah pendekatan yang segar dalam gelombang feminisme.

Tetapi, perjuangan murni beliau bukanlah sebuah jalan yang mudah, sebagai seorang yang berpengaruh dan selebriti popular beliau sentiasa menghadapi cabaran dan ancaman. Pada bulan mac tahun 2017, beliau telah dikritik kerana gambarnya yang menayangkang sebahagian daripada buah dada yang telah diterbitkan dalam majalah Vanity Fair. Rentetan penerbitan gambar ini, beliau telah dituduh sebagai seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan hak wanita dan juga seorang yang sebenarnya tidak mementingkan hak wanita tetapi hanya menggunakan perjuangan tersebut untuk menaikkan nama, meluaskan pengaruh, dan hanya sebagai batu loncatan beliau untuk meningkatkan popularity diri sendiri.

Dalam kenyataan medianya bagi mengulas isu ini, beliau telah menjelaskan kekeliruan terhadap respon negatif masyarakat mengenai penerbitan foto dirinya dalam majalah ini, beliau menyatakan bahawa keputusannya untuk melakukan dan mengizinkan penerbitan gambar ini tidak mempunyai psebarang perkaitan dengan perjuangannya untuk menegakkan keadilan kepada para wanita dan sekalipun ada perkaitan, perjuangan feminisme merupakan perjuangan yang berasaskan kesaksamaan dan kebebasan seorang wanita dalam membuat sebuah keputusan termasuk hak terhadap tubuhnya sendiri dan beliau tidak melihat sebarang perhubungan antara pemaparan buah dadanya dan perjuangan untuk mencapai keadilan terhadap kaum wanita.

Secara kesimpulannya, kemunculan insan bernama Emma Watson dalam lanskap perjuangan feminisme negara telah memberikan satu pembaharuan dan meniup nafas segar dengan idea-idea dan perjuangannya yang berbentuk kontemporari. Cetusan bijak beliau untuk turut memperjuangkan kebebasan kaum lelaki daripada kepompong maskuliniti dan kelelakian alternative  bagi keadilan kepada kaum wanita mampu menjadi idea yang berpotensi membuka mata dunia untuk melihat perjuangan feminisme melalui sudut pandang yang lebih jelas dan berbeza serta menghapuskan mitos-mitos bahawa perjuangan ini hanya berfokuskan kepada kaum wanita sahaja.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s