TRANSGENDER menjadi PERSOALAN ??

Persoalan adakah transgender itu dibenarkan dalam kehidupan??? Secara umumnya, isu transgender adalah perkara yang tidak asing dalam kehidupan sosial masyarakat. Malah, ia ibarat cendawan tumbuh yang semakin menjadi-jadi pada zaman kini. Sebagai salah seorang pemerhati dan juga masyarakat sosial, saya tidak berpihak kepada mana-mana pihak tentang isu ini. Hanya saya mahu menegaskan bahawa setiap manusia itu ada hak mereka dalam menentukan corak kehidupan mereka. Namun, masyarakat Malaysia memandang perkara ini sebagai suatu yang asing dan dianggab menyimpang dari norma kehidupan. Golongan transgender dilayan secara tidak adil dalam kehidupan sosial. Kita dapat lihat diskriminasi tersebut dilakukan ke atas aspek pekerjaan, kesihatan dan sebagainya. Jika golongan ini tidak diberikan pekerjaan, maka jangan salahkan mereka kerana bertindak menjadikan seks sebagai medium untuk menjana sumber kewangan. Sebenarnya, hampir kebanyakkan transgender memiliki kemahiran yang lebih baik dari kita, namun kita takut kepada mereka kerana bimbang ia memberikan pengaruh yang tidak baik kepada anak muda. Pandangan sinis sebegini seharusnya dihakis dari sanubari masyarakat. Tidak semua golongan transgender itu tidak berpendidikan dan tidak boleh berjaya dalam kehidupan, ia adalah bergantung kepada sama ada masyarakat memberikan mereka peluang atau sebaliknya. Malah, saya memberikan jaminan bahawa golongan transgender ini kebanyakkannya memiliki keperibadian yang baik berbanding orang biasa. Jika kita mahu mengetahui lebih tentang mereka, dekatilah mereka dan bertanyakan soalan. In Shaa Allah mereka akan memberikan respon yang baik. Secara amnya, setiap manusia memiliki pilihan yang tersendiri dalam kehidupan mereka. Jika keperibadian dan perwatakan mereka lebih kepada yang sebaliknya daripada yang sedia ada, maka biarkanlah mereka meneruskannya kerana itu adalah pilihan mereka dan mereka akan dapat mencapai kebahagian serta kepuasan dengan cara itu. Janganlah kita mencemuh mereka dengan status dan stereotype yang menjatuhkan maruah mereka kerana setiap manusia adalah sama tarafnya.

“Selagi ada keinginan untuk belajar dan memperbaiki diri sendiri, ia adalah terpulang kepada diri masing-masing untuk memperjuangkannya.”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s