Memperkasa Wanita-Wanita di Malaysia; Pendidikan untuk semua!

Dalam era kemajuan kini, kaum wanita berpotensi menjadi sumber pembangunan dalam pelbagai bidang sosial, ekonomi dan politik. Berpegang kepada hakikat kerajaan telah menggubal satu dasar yang berkaitan wanita iaitu Dasar Wanita Negara yang mengiktirafkan hak-hak wanita. Dasar yang digubal ini,mendukung cita-cita negara dan Perlembagaan Persekutuan bagi menjamin kedaulatan,kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-hak asasi manusia. Selain daripada itu, dasar tersebut juga memberi panduan serta hala tuju dalam semua aspek perancangan dan perlaksanaan program pembangunan negara khususnya yang melibatkan kaum wanita secara langsung ataupun tidak tanpa diskrimanisi atau sebab kejantinaannya.

Hak pendidikan untuk wanita.

Peluang pendidikan di berikan kepada semua rakyat, lelaki mahupun wanita, supaya dapat mengembangkan potensi individu dan berpeluang menyumbangkan peranan sebagai rakyat yang produktif dan berakhlak mulia. Namun masih ada yang  menidakkan hak pendidikan untuk wanita dan kanak-kanak perempuan. Perkembangan potensi kaum wanita dalam pendidikan perlu diberi perhatian. Wanita telah membuktikan kebolehan mereka dalam berbagai bidang dan lapangan. Wanita juga telah banyak memberi sumbangan kepada Negara dan masyarakat. Pemikiran bercorak kejantinaan (sexism) dan stereotype kebolehan wanita dalam hak pendidikan harus dikikis. Dunia hari ini menyaksikan, wanita telah berjaya membuktikan tahap kebijaksanaan mereka bukan sahaja dalam bidang pendidikan, malah dalam bidang ekonomi, politik dan pelbagai lagi cabang.

Wanita wajib menuntut hak-hak mereka untuk memperoleh pendidikan.

Memuji tindakan wanita-wanita seluruh pelusuk dunia yang bangkit demi menuntuk hak pendidikan untuk wanita. Jelas sekali, wanita hari ini bukan sahaja berperanan unutk menjaga institusi kekeluargaan malah mampu membantu masyarakat yang di tindas. Ini salah satu usaha yang mampu membuka mata semua pihak seterusnya mengangkat hak wanita dalam pendidikan.

Sebagai contoh, Malala Yousafzai, penerima termuda Hadiah Keamanan Nobel merupakan seorang pejuang hak pendidikan kanak-kanak. Malala menjadi ikon global selepas ditembak oleh Taliban dan hampir maut kerana berkeras dengan pendiriannya bahawa kanak-kanak perempuan juga berhak mendapatkan pendidikan. Ini jelas bahawa, kaum wanita mengambil berat hak pendidikan bagi wanita dan kanak-kanak perempuan dalam membentuk identiti dan memajukan diri sendiri. Pendidikan adalah senjata terbaik dimana melalui pendidikan kita dapat melawan kemiskinan, kejahilan dan keganasan. Inilah yang di perjuangkan oleh Malala dalam setiap kempen yang dilakukannya.

Jangan memandang rendah perjuangan dan hak-hak asasi wanita terutamanya hak pendidikan. Kerana disitu bermulanya segala titik tolak sesuatu perubahan. Ini dapat dilihat menerusi penerimaan dunia terhadap perjuangan Malala yang sering dipuji mempunyai sikap keberanian yang luar biasa dan bersemangat jitu dalam menyebarkan kesedaran kepada orang ramai. Menggunakan saluran yang betul serta mempunyai matlamat yang tepat, kini, Malala telah diiktiraf dunia dan mendapat pelbagai bentuk bantuan dalam melaksanakan perjuangannya.

Melihat kepada kesungguhan Malala dalam memperjuangkan hak pendidikan kepada kanak-kanak perempuan, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dan bersama-sama menuntut hak kita sebagai wanita dalam pendidikan tanpa di diskriminasi oleh mana-mana pihak.

Solar Mamas; Pendidikan membasmi kemiskinan

Menerusi video yang bertajuk ‘Solar Mamas’, kita dapat lihat bagaimana wanita diberi peluang untuk mendalami ilmu pendidikan. Bukan untuk dirinya sendiri sahaja, malah untuk membantu institusi kekeluargaan dan masyarakat sekeliling. Video tersebut mempunyai mesej yang penting untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya pendidikan dan bagaimana dengan pendidikan kita dapat membasmi kemiskinan.

Rakyat Malaysia beruntung kerana kita di beri hak sama rata dalam pelbagai bidang dan wanita juga dibenarkan bekerja untuk menyara kehidupan. Tetapi tidak di sesetengah Negara miskin, yangterpaksa bersusah payah untuk belajar dan tidak diberi peluang untuk memajukan diri sendiri. Rakyat Malaysia seharusnya menghargai peluang dan bersama-sama memajukan diri seterusnya mengangkat hak pendidikan dalam kalangan wanita di mata dunia.

12873590_1010838948964594_293603492_o

https://www.youtube.com/watch?v=ON_NQ1HnRYs

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s